Management & Service Unit
FUNGSI UNIT KHIDMAT PENGURUSAN
- Pelantikan
- Pengesahan
- Persaraan
- Perkhidmatan
- Cuti dan lain-lain
- Pentadbiran am
- Pengurusan fail-fail am/ lesen
- Pengurusan pengangkutan dan logistik
- Pengurusan ruang pejabat
- Inventori aset dan stor
- Pembelian dan pelupusan
- Pengurusan kewangan
- Pengurusan akaun
- Pengurusan pungutan hasil
FUNGSI KEWANGAN PIHAK BERKUASA PERANTI PERUBATAN
Kewangan PBPP terdiri daripada dua seksyen iaitu Seksyen Kewangan & Akaun dan Seksyen Hasil. Kewangan PBPP bertanggungjawab bagi memastikan segala prosedur dan tatacara kewangan yang berkuatkuasa dipatuhi sepenuhnya.
Seksyen Kewangan & Hasil
- Menyelaras semua urusan berkaitan bayaran kepada individu atau syarikat bagi bekalan, kerja dan perkhidmatan yang dibuat kepada PBPP.
- Menyelaras semua urusan bayaran kepada kakitangan dalaman PBPP meliputi bayaran gaji, elaun, tuntutan dan lain-lain.
- Memastikan semua rekod perakaunan bagi setiap transaksi yang dibuat oleh PBPP adalah tepat dan betul bagi tujuan penutupan akaun bulanan dan tahunan.
- Menyediakan penyata kewangan PBPP yang sempurna dan teratur untuk dibentangkan di Parlimen.
- Memastikan PBPP membuat perbelanjaan berhemah berdasarkan perancangan dan peruntukan yang telah diluluskan.
- Membuat pelaburan yang paling menguntungkan berdasarkan kesesuaian aliran tunai PBPP.
Seksyen Hasil
- Menerima dan merekod setiap terimaan hasil bagi bayaran-bayaran yang dibuat oleh pihak industri di bawah peruntukan Akta 737 dan Akta 738.
- Memastikan jumlah terimaan hasil adalah betul dan tepat untuk tujuan penutupan akaun bulanan dan tahunan.
- Memastikan resit dikeluarkan bagi setiap bayaran yang diterima daripada pihak industri.
- Memantau terimaan hasil secara terperinci selaras dengan standard pelaporan yang ditetapkan.
- Melaksanakan proses terimaan hasil melalui sistem Fnancial Accounting System For Medical Device Authority (FASt-MeDiA) dan Medical Device Centralised For Application System (MeDC@St)